welcome to my beloggie! jyeah, -_- and be my follower okay!

Thursday, 22 March 2012

Triple P (PLKN Punya Pasal) part 2

okay kita sambung balik cerita kita kay? Sambungan life aku time aku kat PLKN tu mmg takan dapat dekat dunia luar sekarang. Betul. Kalau tak caya sape2 yang tak dapat PLKN tu korang pergi lah mohon masuk PLKN tu. Tu pun kalau dapat lah. Hahah. Sekali je korang masuk PLKN tu. sampai bila2 kita takan dapat masuk balik kecuali melawat lah kan. Actually selepas masuk PLKN tu, baru lah aku tahu mmg lah kita tak kerja tak dapat duit bnyk nak beli ape je yang kita nak, buat lesen motor kan? 

Ada something yang lagi bernilai dari tu semua. OF coz korang pun tahukan? Mestilah kawan kan? Dalam hidup aku selain Allah, keluarga yang paling penting kawan pun tergolong skali dari benda tu semua. Budak2 sabah berbeza gila dari budak semenanjung. Seriously aku cakap ni. Pengalaman aku dapat kawan dari sbah ni mmg mcm tak caye gila ahh kan. Dorang ni sangat lah friendly. Betul ni tak tipu. haha.

And then selain daripada "kawan" aku jugak dapat cikgu2 yang sangat hebat! semangat yang tinggi semasa mengajar pelatih2 semua. mereka ni dah buat aku dan mmbe aku menjadi inspirasi dorang dalam hidup. Nilai2 yang aku dapat dalam PLKN ni mmg tak same kat luar. Aku cuba gunakan nilai2 yang dorang curahkan kat aku tu kat luar. Ibu aku pun menharapkan harapan yang besar bila aku dah balik semenanjung dia nmpk perubahan yang die tggu2 selama ni. siap die update surat yang aku pernah hantar kat die masa aku dalam kem. Macam nak nangis bila aku bace ape yang die update dlm FB die tu. IBU I LOVE YOU SO MUCH :) 

Monday, 19 March 2012

Triple P (PLKN PUNYA PASAL)


 
PLKN, huh mula2 aku mmg tanak pergi sini because aku fikir kalau aku pergi sini membazir masa aku je. sebab bnyk benda aku boleh buat selain habiskan masa aku kat sini je. Aku  boleh buat lesen kereta lah dah boleh beli ape yang aku nak. Macam2 lah. Ni permulaanya. Bila aku bagi tahu ibu yang aku dapat PLKN jauh dari sini. Sukanya dia tu tak tahu lah mcm mane sampai but kenduri semua. Padahal, anak dia takde hati pun nak pergi sane hahah. Macam pekara negetif aku fikir pasal Sabah ni. Itulah inilah. Haha, belom pergi lagi dah cakap mcm2. Sampai je sane aku ingat budak sabah ni sombong. 

Rupanya tak langsung. Peramah gila, seriously tak mcm budak semenanjung. Lame2 aku makin suka duduk sana. Mula2 aku cam ternganga sikit ah dgn slang sabah dorang. bukan main laju g dorang cakap. Sampai aku suruh dia ulang bnyk2 kali. HAHA. So aku pun cube2 lah belajar bahasa sabah ni. Tak susah pun sebenarnya. Kawan aku sorang boleh lah cakap sabah. Tapi tak sefasih aku cakap. Slang ade mcm indon sikit. Haha bangga nih. Perkataan sabah yang aku mula2 belajar is OKAY BAH KALAU KAU. Hah, amik kau terbelit2 lidah aku cakap Faliq pun tak boleh nak cakap dgn betul. Faliq ni pun semenanjung tau. Haha, kesian betol.

So lame kelaman aku fasih suda bahas sabah ni. Bila dah fasih sabah. Ramai pulak ingt aku ni budak sabah.Sampai ade yang tak caye aku dari semenanjung. Jurulatih pun tak caye aku ni budak semenanjung sampai mintak tunjuk I/c  kat dia. adoi na. Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita pasal life aku kat PLKN tu. Tapi bnyk sangat cerita sampai aku boleh buat novel pasal PLKN ni. So tggu jelah post baru aku nanti pasal PLKN kay :)